Thursday, June 21, 2007

Hari Bersama Pelanggan Perbendaharaan Malaysia Sarawak




Kira-kira 120 kakitangan daripada pelbagai jabatan di Sri Aman dan Betong menghadiri Hari Bersama Pelanggan Peringkat Bahagian dan Aktiviti Kecemerlangan Kewangan Perbendaharaan Malaysia Sarawak. Program dua hari pada 20 dan 21 Jun 2007, berlangsung di Auditorium RTM Sri Aman. Antara tajuk ceramah ialah mengenai perolehan, tender, kewangan dan khidmat pengurusan, pengurusan aset, pelupusan dan taklimat oleh Jabatan Akauntan Negara Sri Aman. Program itu bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai pematuhan prosedur dan tatacara kewangan semasa kepada semua penjawat awam di Sarawak.

Bank Rakyat sumbang derma

[Pengawal RTM Sri Aman, Nordin Sulaiman menerima cek sumbangan derma daripada Pengurus Cawangan Bank Rakyat Sri Aman, Alias Mohamad]

Bank Rakyat Cawangan Sri Aman terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan memberi sumbangan derma untuk aktiviti surau RTM Sri Aman. Majlis berlangsung di pejabat RTM Sri Aman, minggu lalu. Sebelum ini Bank Rakyat banyak memberi bantuan untuk kerja-kerja kebajikan dan pendidikan di Sri Aman.

Thursday, May 24, 2007

Majlis Kesyukuran



Syukur kepada Allah, gaji kakitangan awam naik lagi. Syukur kita diberi kesihatan, kelapangan dan kesenangan. Syukur negara kita sentiasa aman. Orang yang bersyukur akan terus diberi kenikmatan oleh Allah. Dan sebagai menandakan rasa syukur, jawatankuasa surau RTM Sri Aman mengadakan majlis bacaan yassin, tahlil dan marhaban malam tadi. Majlis dipimpin oleh Haji Awang Ismail dan Haji Ahmad dari Persatuan Budaya Melayu Kampung Hulu. Beberapa anggota persatuan tersebut juga turut serta. Terima kasih saya ucapkan. Majlis doa selamat juga diadakan sempena pertukaran Jurutera RTM, Encik Zulkifli Daud ke Kuching. Saya sebagai Pengawal Penyiaran ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua kakitangan yang menyertai dan menjayakan majlis tersebut. Kepada tenaga muda--Faridah Nor, Zalinawati, Nurliza, Shuhaida dan yang lain-lain, teruskanlah sumbangan bakti anda kepada kemakmuran surau kita. Saya amat menghargainya. Dan kepada kakitangan yang lain, saya ingin berpesan sekali sekala jengok-jengoklah surau kita tu...hidup kita ni tak lama!

Saturday, May 12, 2007

SURAU RTM


RTM Sri Aman mengambil inisiatif untuk memakmurkan suraunya dengan mengadakan program-program ilmu untuk manfaat kakitangan dan penduduk sekitar. Sebagai permulaan, setiap malam Jumaat, solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah diadakan. Selesai solat Maghrib, penceramah jemputan akan menyampaikan tazkirah untuk jemaah. Usaha yang digerakkan oleh Pengawal Penyiaran itu patut dipuji kerana dapat mendekatkan kakitangan dengan aktviti keagamaan selain merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka.